MENGAPA RAMBUT ANDA GUGUR DENGAN TERUK?

KENAL PASTI TANDA-TANDA AWAL SEBELUM TERLAMBAT

HUBUNGI KAMI: +603-2726 3232

TANDA-TANDA AWAL KEGUGURAN RAMBUT

Hakikatnya, keguguran rambut berlaku secara beransur-ansur. Seseorang yang jelas rambutnya sudah menipis sebenarnya telah menghadapi keguguran rambut sejak beberapa tahun tetapi tidak sedar tentangnya.  Antara tanda-tanda awal masalah keguguran rambut adalah:

  • Kulit kepala gatal/Kelemumur/Rambut berminyak
  • Garis rambut menyusut
  • Kulit kepala jelas kelihatan
  • Gumpalan rambut pada sikat

Terdapat beberapa tanda-tanda tambahan yang mengiringi masalah keguguran rambut: Suhu badan tinggi, sembelit, jerawat, kerap sakit tekak.

KUIZ RAMBUT

9 JENIS Keguguran Rambut

Setiap masalah rambut berlaku disebabkan punca yang berbeza, dan ada yang akan menjejaskan golongan lelaki ataupun wanita sahaja. Analisis terperinci penting bagi memastikan rawatan yang diberikan sesuai dengan keperluan individu.


dht hair

DHT

Dihydrotestosterone (DHT) dihasilkan daripada hormon testosteron. Kandungan DHT yang tinggi akan mengakibatkan ketidakseimbangan pada sistem imunisasi. Jika berlarutan, fasa pertumbuhan rambut akan dipendekkan. Helaian rambut akan menjadi lemah, mengecut dan akhirnya gugur.

Punca: Keturunan, Berumur, Pemakanan Tidak Seimbang, Tekanan, Gaya Hidup Tidak Sihat, Penurunan Berat Badan Mendadak

KULIT KEPALA BERMINYAK

KULIT KEPALA BERMINYAK

Berpunca daripada penghasilan minyak yang  berlebihan. Jika dibiarkan, biji minyak akan memenjal dan menyumbat liang rambut lalu menjejaskan pertumbuhan rambut. Tanpa rawatan, keguguran rambut mungkin berkekalan.

Punca: Tekanan, Pemakanan Tidak Seimbang, Keturunan

KELEMUMUR

KELEMUMUR

Kelemumur ialah sel kulit kepala yang telah mati. Kulit kepala seseorang itu mungkin berasa gatal ataupun berkudis. Apabila digaru, kelemumur yang kelihatan seperti empingan putih berkumpul pada rambut ataupun jatuh pada bahu. Sekiranya tidak dirawat, kelemumur akan menyumbat liang rambut dan mengakibatkan keguguran rambut.

Punca: Alahan, Jangkitan Ragi, Pemakanan Tidak Seimbang, Tekanan

BERTOMPOK-TOMPOK

BERTOMPOK-TOMPOK

Masalah ini disebabkan jangkitan kulit yang pada mulanya kelihatan seperti jerawat kecil. Jangkitan ini boleh merebak sehingga ke akar rambut dan menyebabkan rambut menjadi rapuh dan akhirnya gugur.

Punca: Jangkitan Kulat

KEGUGURAN RAMBUT WANITA

KEGUGURAN RAMBUT WANITA

Keguguran rambut yang menyeluruh merupakan sebab ramai dalam kalangan wanita tidak sedar akannya pada tahap awal. Rambut mula menipis dari bahagian tepi dahi dan garis rambut. Keguguran rambut bertambah teruk apabila wanita tersebut kekurangan khasiat seperti zat besi dan protein.

Punca: Keturunan, Hormon, Pemakanan Tidak Seimbang, Tekanan

SELEPAS BERSALIN

SELEPAS BERSALIN

Seseorang wanita yang sedang hamil akan mempunyai tahap Progesteron (hormon wanita) yang tinggi. Kebanyakan rambut akan berada dalam tahap 'rehat' dan kadar keguguran rambut lebih rendah. Apabila tahap hormon ini kembali biasa selepas bersalin, rambut yang sepatutnya gugur pada awalnya semua gugur pada waktu yang sama.Tanpa rawatan, keadaan rambut mungkin tidak dapat pulih

Punca: Hormon, Pemakanan Tidak Seimbang, Tekanan

MENOPAUS

MENOPAUS (Putus Haid)

Kadar penghasilan hormon Oestrogen yang berperanan menggalakkan pertumbuhan rambut akan jatuh dengan mendadak apabila wanita menghampiri lingkungan umur 50-an. Secara tidak langsung, tahap DHT akan meningkat. Ketidakupayaan badan untuk menyerap zat protein dan kalsium akibat peningkatan umur turut menyumbang kepada rambut yang nipis dan pudar. Lebih-lebih lagi, kelenjar minyak yang telah haus menyebabkan kulit kepala kering dan rambut akhirnya akan gugur.

Punca: Berumur, Hormon, Tekanan

BENTUK M

BENTUK ‘M’

Bentuk 'M' terhasil di dahi akibat kandungan DHT tinggi yang bertumpu pada bahagian itu. Rambut akan kelihatan nipis dan pudar. Bahagian kepala yang mula botak akan semakin luas diameternya sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Punca: Keturunan, Berumur, Pemakanan Tidak Seimbang, Tekanan, Gaya Hidup Tidak Sihat

BENTUK O

BENTUK 'O'

Terbentuk akibat kandungan DHT tinggi yang bertumpu pada bahagian tengah kepala. Tompok botak akan meluas apabila liang-liang rambut semakin mengecut. Seseorang itu akan kekal botak sekiranya liang-liang rambut mati akibat rawatan yang lama tertangguh.

Punca: Keturunan, Berumur, Pemakanan Tidak Seimbang, Tekanan, Gaya Hidup Tidak Sihat

 

MEMULIHKAN RAMBUT ANDA SECARA
SEMULA JADI

Nikmatilah rawatan herbalogi Yun Nam Hair Care yang berasaskan 100% herba asli dengan hanya RM28 hari ini! Hasil dijamin selepas 1 sesi rawatan*

TEBUS SEKARANG


* Terhad untuk pelanggan baru dengan masalah rambut.